THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Sunday, January 23, 2011

jam hampir 2 pagi.... aku belum mengantok lagi....

SENANDUNG JIWA KACAU
!!!


Seandainya aku sudah
tiada nanti..Maafkanlah aku!

Kehilangan aku bukan
bererti aku sudah tidak sayang..

Tapi kerana kejahilan
ku sendiri yg tidak mengerti hakikat sebuah percintaan dan hidup ini.

Apa yg dirimu alami takde la teruk dari apa yg
ku rasakan saat ini.

Jgn katakan dirimu tak bermakna bagiku...Itu
SALAH!!

Dirimu amat bermakna juga terlalu bererti
bagiku...

malah terlalu aku hargai kehadiranmu dlm
hidupku..

Detik kita bersama
punya seribu kenangan..

namun ianya tak pernah terakam di mana2,waima
sekeping gambar..

melainkan hanya di kotak memori minda ku yang
kacau taktala ini..

Hanya ku sahaja yg mengerti perasaan ini..

Kau memang takkan paham punya sebab ni aku
punya JIWA..
Aku... Dan juga dirimu.. Telah berkali kali terluka..
LUKA di hati beb,bukan luka kat jari tau..

Itu semua kerana
sifat EGO yg kita sama-sama miliki..
Kau punya EGO lagi
tinggi sikit kot..hahaha!!!

Tapi tahukah
kau,kerana sikap itu lah kita saling merindu bila saat kita
"bercakaran"...

Ibarat menunggu
munculnya bintang di balik awan semasa musim tengkujuh di Kelantan..
Begitulah manisnya
percintaan kita kan?
Nasib baik aku tak kena kencing manis.hohoho…!!

Sedikit pun tak
pernah rasa jemu atau terbuang waktu,malah kehadiranmu sentiasa aku nantikan
dan ku tunggu2..tapi tak sampai2 pon..!
Mujurlah ada ASTRO –
Macam2 ada, buat pengubat sepiku!!!!

Termanggu2 aku
sendirian.. Mengharapkan sentuhan cintamu datang menemani dan menyelimuti
hari2ku yg kian lesu..

SUNGGUH....kata2 ini
msh tak dpt utk menggambarkan sedalam mana cinta dan kasihku pada dirimu..

Aku bukanlah seorang
penyair,ku tak pandai bermadah pujangga..
Namun setiap yg ku
tulis ini lahirnya dari hatiku ini..

Kalaulah aku seorang
pelukis..

Akan ku lakarkan
setiap isi hatiku di atas kanvas yg putih,agar kau dpt tatap dan fahami apa yg
tersirat di hatiku ini,tu pun kalau kau tau menghargai seni la kan..

Malangnya ku bukan
pelukis.. Cukuplah dgn cinta yg kuberi..

Andainya kau benar2 menyayangi diriku ini,pasti
kau mengerti akan diri ini..

Aku hanyalah pencinta
yg mencintai dlm diam..

Kenapalah aku tidak
boleh menghentikan masa,agar dpt ku hentikan masa di saat2 kita bahagia dulu
supaya boleh kita kekal selamanya begitu..

Aku tidak mahu kehilanganmu…kerna aku tak
pandai mencari benda hilang,
Tapi ada la kenal bomoh yang handal kalau nak
tilik benda hilang tuh..INSYA ALLAH boleh di usahakan....

Namun aku tak punya

hak utk menghalang keputusanmu..

Tulus dari hatiku..

Aku mendoakan agar kau bahagia selalu..
Semoga kau beroleh
kebahagian yg kau impikan dulu tu..

Andai kau rindu

padaku,ingatlah aku lah orang pernah mencuri dan melukai hatimu..

Salam rindu dariku yg
kini bergelap kerana telah kau curi cahaya hidupku..



KaiNKaPaN ®

0 comments: